Ikan Bajet | Menjual Hasil Laut Gred A

Pengimport Hasil laut

Selamat Datang ke Ikan Bajet!

Ikan Bajet merupakan sebuah entiti perniagaan 100% milik Islam Bumiputera sepenuhnya dan memiliki sijil HALAL dari pihak JAKIM yang menjalankan kegiatan mengimport dan membekal hasil laut segar beku dengan kualiti gred A bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.

Tanpa melalui orang tengah, Ikan Bajet berupaya membekalkan hasil laut yang diimport secara borong dan runcit dengan harga yang lebih murah – hampir separuh harga lebih rendah daripada pasaran. Ikan Bajet juga membekalkan hasil laut bagi kontrak Bekalan Makanan Bermasak (BMB) ke sekolah-sekolah berasrama penuh dari kawasan Lembah Klang ke negeri Johor mengikut spesifikasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

tentang ikan bajet

Kami Mengimport Hasil Laut Terbaik Untuk Anda

Ikan Bajet merupakan sebuah entiti perniagaan milik Bumiputera sepenuhnya yang menjalankan kegiatan mengimport dan membekal hasil laut segar beku dengan kualiti gred A bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan. Tanpa melalui orang tengah, Ikan Bajet berupaya membekalkan hasil laut yang diimport secara borong dan runcit dengan harga yang lebih murah – hampir separuh harga lebih rendah daripada pasaran.

Matlamat

Kami memastikan setiap golongan mampu untuk membeli ikan dengan harga bajet dan berpatutan.

Pengiktirafan Halal Ikan Bajet

Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki dan dikendalikan oleh pengurusan dan kakitangan yang 100 % beragama Islam, IKAN BAJET amat menitikberatkan isu kesucian dan kebersihan bagi produk, premis dan pengendalian produk yang dijalankan oleh syarikat.

Segala proses pengendalian, penyimpanan, penghantaran dan pengurusan produk oleh IKAN BAJET telah diiktiraf sebagai mematuhi syarak dan memenuhi standard Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bekalan Makanan Bermasak (BMB)

Ikan Bajet berpengalaman luas dan mempunyai track record dalam membekal hasil laut kepada kantin sekolah berasrama penuh, kantin MRSM dan institut latihan di bawah kelolaan MARA, institut latihan milik kerajaan, kantin kilang, hotel, pasaraya, restoran, gerai, hospital dan lain-lain perusahaan perkhidmatan membekal makanan serta mana-mana agensi Kerajaan Malaysia, mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam dokumen kontrak

IKAN BAJET menawarkan perkhidmatan PENGHANTARAN (DELIVERY) ke seluruh negara menggunakan freezer truck milik IKAN BAJET.

Kami juga menawarkan KEMUDAHAN KREDIT kepada pelanggan kami khusunya pengendali kantin institusi yang berkaitan dengan kerajaan (SBP, MARA, dll)

Kami turut membekalkan peti simpanan sejuk beku (CHEST FREEZER) kepada pelanggan yang bekeperluan seperti pengendali kantin sekolah berasarama penuh

FEATURED PRODUk

Disyorkan Untuk Anda

Gambar yang dipaparkan adalah sebahagian daripada hasil laut yang dibekalkan oleh Ikan Bajet. Hasil laut yang dibekalkan merangkumi pelbagai kluster hasil laut termasuk ikan, udang, sotong dan ketam.

Hasil laut ini juga terdiri daripada pelbagai saiz yang bermula dari saiz kecil, sederhana, besar dan sangat besar mengikut kesesuaian pelanggan. Harga yang ditawarkan oleh Ikan Bajet adalah antara yang termurah dalam pasaran negara.

5/5

Ikan Kembung

5/5

Ikan Cencaru

5/5

Ikan Selayang

5/5

Ikan Kerisi

5/5

Ikan Tenggiri Batang

5/5

Ikan Jenahak Merah

5/5

Ikan Pari

5/5

Ikan Saba

5/5

Ketam Bunga

5/5

Sotong

5/5

Udang Laut Liar

5/5

Isi Udang Vanamei

5/5

Sotong Ring

5/5

Isi Kerang

5/5

Ikan Dory

5/5

Ikan Tamban

5/5

Ikan Sardin

5/5

Ikan Tongkol

Ikan bajet

Kemudahan

Tempat penyimpanan bilik sejuk

Kilang penyimpanan Ikan Bajet terletak di Lot 1-4, Jalan Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Johor. Kilang penyimpanan ini dilengkapi dengan dua buah bilik sejuk atau cold room serta dua buah kontena penyimpanan beku atau reefer container. Jumlah kesuluruhan penyimpanan stok hasil laut mampu menyimpan sebanyak 750 tan dalam satu masa. Kilang ini merupakan sumber bekalan primier kepada kesemua cawangan Ikan Bajet yang ada pada hari ini

Stor Penyimpanan

Setor penyimpanan Ikan Bajet dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon Selatan dan Zon Tengah 1&2 bagi memastikan bekalan hasil laut sentiasa mencukupi.

Lokasi: Kawasan Perindustrian Sri Purnama, Johor Bahru, Johor.

Kelengkapan: 2 buah Reefer Container

Lokasi: Bukit Indah Business Centre, Ampang, Selangor.

Kelengkapan: Cold Room dan Blasting Room

Lokasi: Taman Wahyu, Batu Caves, Selangor.

Kelengkapan: Cold Room

Freezer Truck

Bagi memudahkan urusan pelanggan kami, Ikan Bajet menyediakan perkhidmatan penghantaran secara terus dari kilang penyimpanan ke premis pelanggan. Freezer Truck dengan keupayaan suhu sejuk sehingga mencapai -20 darjah celsius dapat menjamin kesegaran hasil laut sepanjang perjalanan penghantaran kepada pelanggan kami.

Ikan Bajet menawarkan servis penghantaran ke daerah-daerah negeri-negeri yang berada diluar kawasan kilang penyimpanan dan cawangan Ikan Bajet (Johor dan Lembah Klang).

Ikan Bajet mempunyai pelanggan tetap yang berada di luar daripada negeri Selangor dan Johor seperti ke Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Ikan Bajet bersedia untuk membuat penghantaran ke lokasi pelanggan di seluruh negara.

Kesemua Freezer Truck yang digunakan oleh Ikan Bajet untuk membuat penghantaran kepada pelanggan adalah 100% dijamin tidak bercampur dengan sebarang produk yang tidak HALAL seperti khinzir dan lain-lain.

Feedback

Kata Pelanggan Kami

Encik Abdul Aziz Bin Rahman

Pengusaha Restoran Kulai

Ikan masih berada dalam keadaan yang baik, lembut dan sedap selepas digoreng

Cik Athirah Binti Musa

Peniaga Kantin Sekolah Agama Johor Bahru

Saya tidak dapat membezakan ikan sejuk beku dari Ikan Bajet dan ikan segar dari pasar kerana ianya mempunyai kualiti yang sama selepas dilembutkan

M. Ramasamy

Peniaga Pasar Pagi Skudai

Harga bukan lagi harga Rahmah tetapi harga hampir 50% lebih rendah dari pasaran dan kualiti yang baik dapat meningkatkan jualan saya sebagai peniaga pasar pagi

Tan Siew Hong

Pengusaha Restoran Larkin

Saya dapat menurunkan harga makanan yang saya jual kerana saya memperolehi bahan mentah dengan harga yang sangat rendah dari Ikan Bajet

cari kami

Cawangan

Ikan Bajet Ampang (Selangor)

ampang

Ikan Bajet Gombak (Selangor)

Ikan Bajet Putrajaya (Selangor)

Putrajaya

Ikan Bajet Taman Anggerik (Johor)

Ikan Bajet Taman Daya (Johor)

Taman Daya

Galeri/Arkib

Berita terkini daripada Ikan Bajet

  • Liputan Media Tempatan
  • Memorandum of Understanding (MoU) antara Ikan Bajet dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Kunjungan Lawatan Figura dan Agensi

Buletin TV AlHijrah, 16 Julai 2023

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Ekeskutif Ikan Bajet, Dato’ Hj. A. Razak Bin Hj. UPC A Kadir sewaktu di temu bual oleh wartawan BULETIN TV ALHIJRAH siaran 16 Julai 2023 dalam satu liputan yang dijalankan di Ikan Bajet cawangan Ampang, Selangor.

Akhbar Berita Harian, 2 Ogos 2023

Pengarah Urusan Ikan Bajet, Dr. Mohamad Hafizuddin Syafiq bin Abd Rashid dan Pengarah Ikan Bajet, En Haiqal Iskandar bin Othman sewaktu kunjungan dan temu
bual oleh akhbar Berita Harian di salah sebuah cawangan Ikan Bajet.

Pengarah Urusan Ikan Bajet, Dr. Mohamad Hafizuddin Syafiq bin Abd Rashid mewakili syarikat Group Five Poultry Farm Sdb. Bhd (Ikan Bajet), ketika upacara menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Ikan Bajet dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang diwakili oleh Ketua Pengarah LKIM, Tuan Hamdan Bin Mamat pada 4 Oktober 2024. Ikan Bajet telah terpilih sebagai pemain industri yang akan bertindak sebagai pembekal hasil laut kepada pihak LKIM yang bernaun di bawah Kementeria Pertanian Dan Keterjaminan Makanan bagi menjamin keterjaminan sumber hasil laut tempatan

Lawatan ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato’ Nadzim johan ke kedai ikan bajet cawangan ampang, selangor sekitar bulan Oktober 2023.

Lawatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ke kilang penyimpanan Ikan Bajet di Kawasan Perindustrian Tampoi pada September 2023.

Lawatan Trade Attache Kedutaan Besar Republik Indonesia, Bapak Deden Muhammad Fajar ke stor penyimpanan Ikan Bajet (Zon Selatan) di Kawasan Perindustrian Sri Purnama, Johor Bahru pada April 2023.

Hubungi Kami

Tampoi, Johor Bahru (Kilang)

Taman Anggerik, Johor

Ampang, Selangor

Gombak, Selangor

Putrajaya, Selangor

Kekal Berhubung

Kami menjual hasil laut gred A dengan harga hampir 50% lebih rendah dari harga pasaran.

Johor

Tampoi, Johor Bahru

Hubungi kami di : 017-7171452

atau Call / Whatsapp kami dengan menekan butang di bawah

Media Sosial Ikan Bajet

Taman Daya, Johor Bahru

Hubungi kami di : 019-7222717

atau Call / Whatsapp kami dengan menekan butang di bawah

Media Sosial Ikan Bajet

Taman Anggerik, Johor Bahru

Hubungi kami di : 010-661 3434

atau Call / Whatsapp kami dengan menekan butang di bawah

Media Sosial Ikan Bajet

Selangor

Gombak, Selangor

Hubungi kami di : 019-5071750 atau Call / Whatsapp kami dengan menekan butang di bawah

Media Sosial Ikan Bajet

Putrajaya, Selangor

Hubungi kami di : 013-202 0003 atau Call / Whatsapp kami dengan menekan butang di bawah

Media Sosial Ikan Bajet

Ampang, Selangor

Hubungi kami di : 019-7495466

atau Call / Whatsapp kami dengan menekan butang di bawah

Media Sosial Ikan Bajet